Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta
membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam.
Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada
kemusnahan.~ Mahatma Ghandi
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan
untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi
mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah
memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah
namanya Cinta.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu
menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai
seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air
mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang
gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan
kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Jika kita mencintai seseorang,
kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan
selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu
masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi
jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Perasaan cinta itu dimulai dari
mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti
menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba
menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan
air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Cinta datang kepada orang yang
masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang
masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin
mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang
mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta
pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu
terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan
kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita
bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang
tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah,
tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri,
tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi
membangkitkan semangat -Hamka
Cinta dapat mengubah pahit
menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh,
penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai
seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai
seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu
kepadanya.
Hal yang menyedihkan dalam hidup
adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk
menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus
membiarkannya pergi.
Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika
kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih
sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan
kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga
kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
Kadangkala kamu tidak menghargai
orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada
saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.
Jangan mencintai seseorang
seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti
sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
Cinta mampu melunakkan besi,
menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya
serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan
orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi
gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri
sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Cinta itu adalah perasaan yang
mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari
langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika
ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan,
kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi
jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati,
keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang
terpuji.~ Hamka
Kata-kata cinta yang lahir hanya
sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga,
manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati
segala luka di hati orang yang mendengarnya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu
akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua
tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan
lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang
indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak
pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan
cemburu.
Bercinta memang mudah. Untuk
dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai
itulah yang sukar diperoleh.
Satu-satunya cara agar kita
memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi
mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)